Ahamdulillah
bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
izinNya maka dapatlah kita bersama-sama mengatur strategi dalam
melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan iltizam
demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.
Untuk
muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKPT mesti
bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti
Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di
tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan
memperkenalkan dua elemen penting petunjuk prestasi iaitu KPI dan NKRA.
Mulai
tahun 2011, kurikulum sekolah telah menggunakan Kurikulum Standard
Sekolah rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.
Justeru
itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikan
kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran
pendidikan dalam abad ke-21.
Saya
sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh,
semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua
guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang
mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat "Melestarikan Pendidikan
Terbilang".
Sejajar
dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, dengan kewujudan
laman rasmi ini dapat memberikan peluang kepada pelanggan sekolah
khususnya kepada ibubapa pelajar sekolah untuk mengenali dengan lebih
dekat organisasi sekolah ini. Saya juga mengharapkan semua guru serta
warga sekolah dapat memanfaatkan bahan dan maklumat yang terdapat dalan
laman rasmi ini. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang dapat
diterjemahkan menjadi kenyataan.
Selamat Maju Jaya.
Sekian, Wassalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam hormat dari saya,
En. Burhanurdin bin Hasan
Guru Besar,
S. K Pida Tiga, Tunjang Jitra. Kedah